Monday 22 September 2014

Memo Dalaman



Tuan/puan,

Audit Bahan Sumber Pembelajaran MBMMBI

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sektor Resos Pembelajaran, BTP (KPM) akan melaksanakan Audit Bahan Sumber Pembelajaran MBMMBI pada 23 hingga 26 September 2014 ke premis PKG dan sekolah yang berhampiran tuan/puan. Sehubungan itu, tuan/puan diminta bersedia dengan kehadiran pegawai dari BTP dalam tempoh tersebut. Perkara yang diberi penekanan adalah seperti berikut ;

1. Penghantaran dan Penerimaan S.A.P Bahan MBMMBI.
2. Aktiviti berkaitan MBMMBI yang telah dijalankan di PKG dan sekolah.
3. Rekod penggunaan bahan MBMMBI.
4. Dokumentasi Bahan MBMMBI ( cth.: surat kuasa, surat edaran, manual penggunaan dll)

3. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan didahulukan dengan jutaan terima kasih. 

Sekian, terima kasih.

ADMIN- PKG BANDAR TEMERLOH

No comments:

Post a Comment